Tanda dan simptom Influenza_babi

Simptom utama bagi selesema babi pada manusia.[14]

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.[15]

Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selesema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selesema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selesema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selesema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka."[16] Diagnosis bagi pengesahan selesema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).[16]

Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .

Rujukan

WikiPedia: Influenza_babi http://www.news.com.au/dailytelegraph/story/0,2204... http://www.antena3noticias.com/PortalA3N/noticia/s... http://www.calgaryherald.com/Health/Swine+pandemic... http://www.newscientist.com/article/dn17025-deadly... http://www.reuters.com/article/bondsNews/idUSN2548... http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-3706679,... http://www.vetmed.iastate.edu/departments/vdpam/sw... http://www.cidrap.umn.edu/cidrap/content/influenza... http://www.cidrap.umn.edu/cidrap/content/influenza... http://www.elmundo.es/elmundo/2009/04/26/espana/12...